Bacalah Dengan Tuhanmu

Asas dalam pendidikan ialah merujuk kepada ayat Al-Quran yang pertama
diturunkan Tuhan iaitu Iqra'.atau maksudnya ialah Bacalah dgn nama
Tuhanmu yang menciptakan. Apa yang Tuhan maksudkan dari ayat ini? Ada
dua tuntutan daripada ayat ini. Pertama, Bacalah! Di sini Tuhan
menyuruh kita membaca. Dalam ertikata lain, Tuhan memberitahu agar
kita menuntut ilmu. Sebab perkataan bacalah itu juga membawa maksud
tuntutlah ilmu. Juga membawa maksud persiapkanlah akalmu untuk
menerima ilmu. Kedua, Tuhan sambung lagi, dengan nama Tuhanmu..Tuhan
tak hentikan setakat bacalah. Tetapi Tuhan sambung lagi menjadikan ia
bacalah dengan nama Tuhanmu. Apa kehendak Tuhan di sini? Tuhan
memberitahu agar kita menuntut ilmu tetapi dalam menuntut ilmu, Tuhan
tidak boleh dikesampingkan. Tuhan tidak boleh dipinggirkan. Kena
terhubung dengan Tuhan dalam proses kita menuntut ilmu.



Kesimpulan dari ayat ini, Tuhan mengajar kita erti pendidikan. Dalam
proses kita menuntut ilmu dan mendidik diri atau keluarga, kenalah
kita mempersiapkan akal untuk menerima ilmu dan hubungkan ia dgn
Tuhan. Justeru apa yang kita faham dari ayat ini ialah:



1. Apa? Apa yang kita hendak isikan akal kita. Ilmu apa? Bila
dikaitkan dgn ilmu, kenalah belajar ilmu mengenal Tuhan dahulu.
Awaluddin makrifatullah atau awal-awal agama mengenal Allah. Apa yang
dahulu, perlu didahulukan. Ilmu fardhu ain, fardhu kifayah seterusnya
yang sunat. Ilmu dunia juga tidak boleh diketepikan tetapi kena tahu
prioriti. Kena juga pastikan ilmu ini dikaitkan dgn Tuhan.



2.Siapa? Siapa yang mengajar. Bila dikaitkan dgn Tuhan, tak boleh
sebarang orang mengajar kita dgn ilmu. Guru kenalah jadi role-model.
Guru kenalah lebih baik daripada murid sebab Guru itu adalah contoh
kepada murid. Walau belajar agama sekalipun, tetapi kalau guru tidak
mengamalkan ilmunya, ilmu tidak berkat dan tak memberi bekas kepada
peribadi murid.



3. Bagaimana? Cara mana kita belajar kenalah ikut syariat. Ikut
kaedah Islam. Tak boleh ikut kaedah sekular. Ada juga setengah orang
belajar agama, tetapi metod atau sistem belajar ikut sekular. Jadi
kita kena pastikan sistem belajar kita menepati kehendak Tuhan.



4. Untuk Apa? Niat kena betul. Tak boleh kita atau anak kita belajar
dikeranakan dunia. Sebab nak makan gaji bila besar, atau tujuan
jawatan, glamour, untuk dapat nama dan sebagainya. Tetapi niat kena
dibetulkan supaya belajar kerana Tuhan, untuk cari keredhaan Tuhan
dan memperjuangkan agama Tuhan.



Begitulah hendaknya asas kepada proses pendidikan kita. Sekian.



[KEMBALI]