Ilmu Dan Hikmah

Panduan untuk Pendakwah dan Guru

Dalam Al Quran Allah berfirman

Terjemahannya : “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik” (An-Nahl:125)

Ayat ini merupakan panduan untuk para pendakwah, pejuang agama dan guru sehingga mereka tidak hanya memberi atau menyampaikan ilmu tetapi sampai pendengar atau murid berusaha sungguh-sungguh untuk membuat perubahan dalam diri mereka. Walaupun dalam ajaran Islam, secara lahirnya siapa pun boleh berdakwah atau menjadi guru, tetapi bukan mudah untuk menjadikan dakwah atay didikannya berkesan. Ramai orang boleh berdakwah tetapi terlalu sedikit pendakwah mampu membawa perubahan kepada pendengarnya.

Ayat di atas mengingatkan para pendakwah, pejuang agama dan pendidik supaya dakwah atau didikannya berkesan, paling tidak, ada tiga asas yang perlu dimiliki. Manakala yang lain itu sebagai tambahan. Tiga asas inilah yang sangat penting iaitu:hikmah, nasihat yang baik dan berbincang dengan cara yang baik.

  1. Imu dan Hikmah

Mengapa dalam ayat di atas, Allah tidak berfirman sebagai berikut:

“Hendaklah kamu menyeru kepada jalan Tuhanmu dengan ilmu……”

Ini kerana kalau berdakwah, berjuang menyeru manusia kepada Tuhan atau mendidik hanya dengan ilmu, ia tidak akan memberi kesan dan perubahan pada sasaran dakwah atau murid. Apalagi kalau dalam dakwah dan perjuangan tersebut para pendakwah banyak menyelitkan lawak jenaka yang kadangkala berbau lucah, sehingga dalam majlis tersebut ramai pendengar yang lalai dan ketawa. Selain itu ramai pendakwah yang menagih ‘envelop’ dan pujian orang, yang menjadikan kegiatan dakwahnya sebagai sumber kehidupan diri dan keluarganya. Begitu juga dengan guru yang menjadikan pekerjaan guru sebagai sumber mata pencariannya, maka dakwah atau didikannya tidak akan berkesan. Hasilnya anggota masyarakat, anak-anak murid dan pengikut tidak berubah.

Kita dapat lihat realitinya dalam masyarakat. Begitu meriahnya majlis taklim, ceramah-ceramah agama, pengajian di pejabat-pejabat, sekolah-sekolah Islam, pondok-pondok pasentran, pertubuhan-pertubuhan Islam, tetapi perubahan yang nyata dalam masyarakat belum nampak lagi. Semakin ramai pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli perniagaan, tokoh-tokoh dan anggota masyarakat yang rajin datang ke kelas-kelas agama , mengerjakan solat, pergi haji, pergi umrah setiap tahun, tetapi masih membuat kejahatan lahir dan batin seperti rasuah, bohong, menipu, tidak berdisplin, sombong, pemarah, hasad dengki, bakhil, ego dan lain-lain. Ramai juga yang masih meminum arak, main perempuan, bergaul bebas, terlibat dengan zina dan sebagainya.

Dalam ayat di atas, Allah menyebut bahwa dakwah yang memberi kesan itu tidak cukup hanya dengan ilmu, tetapi memerlukan hikmah.

Apakah yang disebut hikmah itu?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


[KEMBALI]