Selingkar Kisah Karamah Imam AsSayuti

Abdul Rahman bin Abu Bakr Jalaluddin As-Suyuti

   Imam As-Suyuti terkenal kerana alimnya dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar Syeikhul Hadis. Di samping itu beliau juga terkenal sebagai seorang yang diberi oleh Allah banyak Karamah.

  Kelebihan Imam Suyuti dalam ilmu Hadis menyebabkan beliau sering difitnah oleh orang-orang yang menaruh hasad terhadapnya.

    Di Mesir, beliau pernah memberi fatwa yang tidak disenangi oleh beberapa orang yang merasa bersalah akibat fatwanya itu. Mereka menghasut supaya beliau disakiti. Seorang lelaki telah memukulnya dan melemparkan beliau ke dalam sebuah kolam bersama pakaiannya.

     Imam Suyuti kemudian meninggalkan Mesir dan enggan datang lagi ke negeri itu, sementara orang yang memukulnya hidup melarat dan merasa lapar sepanjang waktu. Dia sentiasa berhutang dengan orang lain untuk membeli makanan, tetapi tidak berdaya membayar hutangnya. Setiap hari orang datang mengetuk pintunya menagih hutang, namun dia masih berhutang dengan orang lain.

        Ada sekumpulan orang hendak menguji Karamah Imam Suyuti, lalu mereka meminta beliau menyatakan (menerusi kasyafnya) apa yang akan terjadi pada seorang penguasa daerah yang terkenal zalim terhadap rakyat di daerah itu.

    Imam Suyuti berkata, penguasa yang zalim itu pada sekian hari akan terbunuh dan akan diganti dengan orang yang namanya fulan bin fulan.

     Dengan niat buruk, mereka menyampaikan ramalan Imam Suyuti itu kepada penguasa yang zalim itu hingga penguasa itu memerintahkan orang-orangnya mencari Imam Suyuti untuk dihukum bunuh.

         Tetapi Imam Suyuti berjaya meluluskan dirinya dan tidak dapat dikesan selama 40 hari hingga penguasa yang zalim itu sendiri terbunuh dan diganti dengan penguasa yang lain.

       Syeikh Najmul Ghazi meriwayatkan dari seorang khadam Imam Suyuti yang bernama Muhammad bin Ali Al Hibak yang bercerita bahawa Imam Suyuti pernah berkata kepadanya : Aku akan bawa engkau ke Masjid Al Haram untuk bersembahyang Asar, dengan syarat engkau tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini sepanjang hayatku.

    Khadam itu bersetuju mematuhi syarat tuannya itu. Maka Imam Suyuti pun memengang tangannya dan menyuruh dia memejamkan matanya. Kemudian dia ditarik oleh Imam Suyuti berjalan sejauh 27 langkah. Kemudian beliau disuruh membuka matanya.

       Kata khadam itu : Masa aku membuka mata, aku lihat kami sedang berada di Ma'la dekat kuburan Siti Khadijah. Kami menziarahi kuburnya dan kubur Imam Fudhail bin Iyadh dan Sufyan bin Uyainah. Kemudian kami masuk ke Masjid Al Haram dan tawaf serta minum air Zam-zam. Bila sampai waktu Asar kami pun sembahyang Asar berjamaah.

        Kemudian Imam Suyuti berkata : Perjalanan kita dari Mesir ke Makkah ini tidak menghairankan. Lebih hairan, ada seorang Mesir yang duduk hampir dengan kita tapi tidak mengenal kita'.

          Imam Suyuti berkata : Sekarang tugas kita di sini telah selesai. Jika kamu mahu tinggal di sini saya izinkan. Tetapi khadamnya lebih suka untuk pulang. Lalu Imam Suyuti memegang tangannya dan membawa dia berjalan tujuh langkah sambil memejamkan matanya.

         Bila dia membuka matanya, dilihatnya mereka sedang berada di daerah Juyusyi, di kota Khahirah. Dia mengikut Imam Suyuti ke Masjid Ibnu Tulun dengan menunggang keldainya.

         Salah seorang murid Imam Suyuti bernama Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili meriwayatkan bahawa Imam Suyuti pernah berkata : Aku pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan dalam mimpi). Aku dipanggilnya : Wahai Syeikhul Hadis! Dan aku pernah bertanya : Ya Rasulullah s.a.w. apakah aku termasuk ahli syurga? Rasulullah menjawab : Ya benar. Aku bertanya lagi : Tanpa diseksa dahulu? Baginda menjawab : Ya, sesuka hatimu.

  Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili pernah bertanya : Wahai tuan guru, berapa kali tuan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga? Imam Suyuti menjawab : Lebih 70 kali.

      Imam Suyuti wafat di Kahirah, Mesir tahun 911 Hijriyah.

 

Ref: Siapa Wali

Mustaffa Suhaimi

Progressive Publishing House KL 2004

 --------------------------------------------------------------------


Mujaddid Kurun ke 9: Imam AsSayuti

Nama sebenarnya Abdul Rahman Jalaluddin As-Sayuti. Dilahirkan pada
849H di Mesir di satu daerah bernama Asyut. Berkaitan dengan nama
tempat inilah belia u diberi gelaran As-Sayuti. Beliau berada di
puncak perjuangannya pada awal kurun ke 9H dan wafat pada tahun 911H.

Sepanjang hayatnya selama 62 tahun itu Imam AsSayuti berada di
tengah-tengah kemunduran Islam dan umat Islam. Baghdad sudah hampir
200 tahun dijajah oleh Monggol di bawah pimpinan Hulaghu Khan. Segala
khazanah ilmu pengetahuan dan tamadun Islam habis dimusnahkan. Ulama-
ulama banyak yang dibunuh. maka umat Islam kucar-kacir dan kacau
bilau di bumi sendiri. Suasana politik sentiasa bergolak, berubah-
ubah dan tidak menentu selama hayatnya. Masyarakat terbahagi ke dalam
golongan menurut status sosialnya sehingga terjadilah perpecahan di
tengah-tengah masyarakat. Imam Sayuti menyaksikan naik turunnya 13
orang raja yang memerintah Mesir. Semuanya dari keturunan Mamalik
(hamba). Pernah dalam masa setahun Mesir diperintah oleh 3 orang raja.
Dalam keadaan masyarakat yang begitu renggang, pecah belah dan
rusak, politiknya kotor dan huru-hara, namun ilmu pengetahuan
berkembang dengan maju dan jayanya. Keadaan ini terjadinya disebabkan
oleh beberapa faktor:

1. Kerana keganasan Monggol di Timur maka ulama-ulama dari sana
berhijrah ke Mesir, Syam dan selatan Maghribi. Begitu juga ulama-
ulama di Barat, turut berhijrah ke sana kerana lari dari kekejaman
Sepanyol.

2. Banyak terbina gedung-gedung ilmu di sekolah-sekolah, di masjid-
masjid, perpustakaan sebelum kerajaan Memalik.

3. Banyaknya harta-harta kebajikan yang diwakafkan untuk para guru
dan pelajar. Wakaf ini dibuat oleh pemerintah, yang kaya, ulama dan
ahli perniagaan yang ingin mencari keredhaan Tuhan.

4. Pengarang-pengarang ghairah menulis kitab-kitab kamus untuk
mengganti Khazanah yang dimusnahkan oleh orang-orang Monggol dan
golongan Salib.

Ditengah gelombang masyarakat yang seperti itu, Imam Sayuti lahir
dan bangun. Dia berhadapan dengan agama Islam yang telah dilemahkan
oleh Monggol dan Kristian dengan politik kacau bilau, ulama yang lupa
daratan, ahli perniagaan yang korup dan rakyat yang terhimpit. Maka
un tuk menyelesaikan kekusutan ini, Tuhan membekalkan ilmu yang
mengatasi ilmu-ilmu ulama sezamannya dengan ilmu bertaraf Mujtahid
Mutlak. Dengan keupayaan ini Imam Sayuti dapat menyedarkan ulama-
ulama tentang peranan mereka yang sebenarnya dan tentang kelalaian
yang telah menghantui jiwa mereka.

Allah juga menghiaskan diri Imam Sayuti jiwa sufi yang tinggi. Dalam
kitab Al Mizanul Kubra dikatakan bahawa Imam Sayuti pernah bertemu
dengan Rasul SAW secara jaga /yakhazah sebanyak 75 kali. Dengan
pengalaman yang luar biasa itu, raja yang segan dengan ulama, menjadi
lebih takut dan segan dengan Imam Sayuti.

Beliau telah berjaya meniupkan rasa keyakinan dan semangat juang di
hati rakyat Mesir. Imam Sayuti juga diberi kemampuan oleh Tuhan untuk
menulis kitab untuk menggantikan kitab yang dimusnahan oleh Monggol
dan Kristian. Sejak umur 40 tahun hingga wafat, beliau mengurung diri
di rumah untuk menulis. Hasil tulisannya sebanyak 600 buah

Sumber:ASOIB@yahoogroup.com

[kembali]