Berjuang Bukan Membunuh

Berjuang membunuh musuh bukanlah utama
Mengalahkan musuh dengan mengIslamkan mereka lebih mulia
Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya
Rasulullah pernah berkata aku tidak mahu membinasakan mereka
Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka
Yang akan menerima Islam
Tujuan berjuang sebenarnya
Untuk mengajak manusia masuk Islam
Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya
Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola
Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan
Mengapa umat Islam berjuang suka sangat membunuh orang
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan
musuh-musuhnya dengan senjata
Tetapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata
Bermujahadah melawan nafsu pun tidak ada
Membersihkan jiwa daripada mazmumah
Apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya
Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam
Belum mendapat kemenangan
Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan
Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa
Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama
Ia adalah merupakan sumber rezeki
Sumber bantuan dan sumber kemenangan.



[KEMBALI]