Hati Atau Roh
Hati atau roh, jika tidak terdidik nafsulah mempengaruhinya Jika nafsu mempengaruhi setiap rasa-rasa yang datang terus subur dan berpengaruh di dalam hati
Bila pandai atau kaya atau berkuasa atau semuanya ada datang ego, ujub dan megah Jika orang lain lebih, datang dengki dan sakit hati Kalau dia serba kurang seperti bodoh, miskin, jawatan rendah, timbul rendah diri Kesal pun datang, kecewa, mungkin putus asa, malu dengan orang, suka menyendiri Sekiranya dia terkenal cantik, ramai pengikut, megah pun datang, suka dipuji Kalau tidak dipuji sakit hati Jika ada jasa pula minta dikenang jasanya Kalau tidak dipuji dan tidak dikenang jasanya, dia sakit hati dan kecewa Apabila orang menghina, mengata, dendam pun datang, meradang dan hendak bertindak jika ada peluang Sekiranya kita ada saingan rasa tercabar, sakit hati pun datang Kita pun benci dan sakit hati Kalau kita diuji dengan sakit hati sahaja, atau dengan bala bencana yang silih berganti, jiwa derita, fikiran kusut, lama-kelamaan kecewa dan putus asa Putus asa dengan Tuhan adalah berdosa Begitulah ceritanya hati atau roh yang tidak terdidik Orang jahat di dalam diri iaitu nafsu mengambil peluang mempengaruhi Akibatnya hati akan jadi jahat dengan berbagai-bagai sifatnya Kerana itu di dalam kehidupan kita jika ada orang yang jahat membuat jahat Orang akan berkata: “Jahat hatinya, hati tidak bertimbang rasa, hati busuk, orang yang tidak ada hati.” Padahal hati jahat didorong oleh nafsunya Orang tidak pula kata jahat nafsunya, busuk betul nafsunya, nafsu tidak bertimbang rasa Jadi setiap kejahatan sasarannya adalah hati, didiklah hati, nafsu dan dapat mempengaruhinya.Sajak oleh : Pengerusi Eksekutif Rufaqa - 26.11.2004
[KEMBALI]