Islam Kembali Gemilang Di Timur

Dunia Islam tidak lama lagi kembali terang
Setelah lama menempuh zaman gelap
seperti kegelapan malam
Cahayanya terang bak bulan purnama mengambang
la bermula di awal kurun Hijrah yang gemilang

Janji Tuhan kegemilangan itu bermula dari timur
Dibangunkan oleh Ikhwan dan Asoib yang berjuang
Mereka tidak berperang tapi membawa kasih sayang
Mereka tidak militan tapi contoh
dan model yang menggembirakan

Akhirnya timur akan menjadi empayar melalui Islam
Seluruh bangsa dan agama sanggup bernaung
kerana membawa kasih sayang
Khususnya orang Melayu menjadi empayar gemilang
Khabar gembira buat orang Melayu,
umumnya orang timur punya giliran

Janji Tuhan pasti berlaku
Tiada siapa dapat menghalang
Marilah kita_berjuang menagih janji dari Tuhan
Marilah kita menjadi pembangun, ini adalah peluang
Pahalanya besar walaupun risikonya tinggi,
kemenangan dijanjikan

Kalau kita tidak sanggup, Tuhan ganti orang lain
Janji pasti Tuhan tunaikan
Tuhan datangkan tenaga yang lain akan perjuangkan
Kan lebih baik kita berjuang
agar janji itu kita buktikan

[KEMBALI]