Isteri Masa Kini

Isteri yang tidak bermadu di zaman sekarang, kalau suaminya tidak
bermadu, pun  sikapnya  macam orang baru bermadu
Jika isteri itu sudah tidak takut dengan Tuhan penentu hidupnya
Marah-marah dengan suaminya selalu berlaku, kerana cemburu dengan
madunya yang bukan madu
Tanpa bermadu isteri akan bersikap macam orang bermadu
Kalau suaminya selalu sahaja menggilap-gilap dan menjaga keretanya
berlama-lama
dia tinggal bersendiri sahaja di dalam rumahnya
Dia harap di waktu itu suaminya duduk berlama-lama dengannya di
dalam rumahnya
dia akan cemburu dengan kereta pula
Dia akan berkata: abang ini asyik dengan kereta sahaja habis saya
ini siapa?!
Jika suaminya selalu sahaja lambat balik, lebih-lebih lagi larut
malam
dia akan marah dengan masa
Dia akan berkata, "abang ni asyik lambat sahaja balik, abang buat
apa di luar itu?
Di luar ada mata airkah?"
Kalau suaminya orang yang suka berkawan, selalu sahaja berada dengan
kawan-kawannya di luar
Hari minggu pun dengan kawan, dia akan cemburu dengan kawan suaminya
sekalipun kawan suaminya itu laki-laki
Dia akan berkata, "abang ini asyik ingat kawan sahaja, saya ini kan
isteri abang
mengapa tidak pedulikan saya?
Abang lebih cinta dengan kawan dari saya sebagai isteri!
Sanggup abang selalu tinggalkan saya
Bila ditanya abang jarang ada di rumah macam-macam abang bagi alasan
Jumpa kawanlah, banyak kerjalah di pejabat, ada kerja di luarlah,
pergi kendurilah berbagai-bagai lagi
Kalau ada di rumah pun asyik belek-belek kereta aja
Habis saya ini hendak buat apa? Selalu seorang sahaja, macam saya
tidak bersuami!
Begitulah perempuan yang tidak bermadu, macam juga orang bermadu
Kalau tidak dengan madu, bermadu dengan perkara lain
Pening kepala suami dibuatnya, berhadapan dengan  perempuan yang
cemburu
dengan macam-macam perkara

[KEMBALI]