Keikhlasan Dalam Amalan
Kalau engkau hendak menasihati orang
Tanyalah hati engkau dahulu
Tujuan nasihatkah atau hendak memberi malu
Jika engkau baca hati engkau tentu engkau tahu
Apabila engkau hendak memberi ilmu kepada orang
Apakah tujuan engkau
Engkau tentu tahu
Untuk berkongsi ilmu atau hendak memberitahu
Yang engkau lebih tahu
Kalau engkau hendak bercakap tentang sesuatu
Niat engkau tentu engkau yang tahu
Hendak menunjukkan engkau pandai
Atau berkewajipan menyampaikan ilmu
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasannya
Kalau bukan bertujuan kerana ALLAH, untuk ALLAH
Amalan itu hanya macam debu sahaja
Bukan pahala yang kita dapat tapi bala
Oleh itu menangislah selalu
Amalan kita belum tahu
Apakah diterima atau sebaliknya
Kalau ditolak Nerakalah jawabnya
[KEMBALI]