Takutkan Tuhan Adalah Satu Rahmat Tuhan
Takutkan Tuhan (Allah) adalah satu rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-
Nya
Ia juga merupakan nikmat Tuhan
Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya
Takutkan Tuhan adalah amat mahal
Ia adalah ibu segala kebaikan bagi seorang hamba
Takutkan Tuhan lebih utama
daripada banyaknya ibadah tapi tidak takutkan Tuhan
Sifat takutkan Tuhan itu sendiri adalah ibadah
Kerana tujuan ibadah itu sendiri hendak lahirkan takutkan Tuhan
Kalau ibadah banyak tidak takutkan Tuhan,
sedikit ibadah pun tidak mengapa,
tapi takutkan Tuhan itu lebih utama
Takutkan Tuhan adalah benteng diri daripada kejahatan
Atau takutkan Tuhan ia memagar diri daripada kemungkaran
Beruntunglah, bertuahlah sesiapa dianugerahkan Tuhan rasa takut
kepada-Nya
Ini adalah ibadah tanpa perbuatan
Ibadah tidak mengikut masa, yang ada disiplin, yang ada syarat
rukunnya
Ia juga termasuk rasa bertuhan yang dibawa ke mana-mana
Ia juga termasuk apa yang difirmankan oleh Tuhan Dia bersama kamu
di mana sahaja kamu berada
Takutkan Tuhan menjadikan orang tawadhuk
Tenang, senang dengan orang,
tidak memikirkan kejahatan orang
Baik sangka dengan orang
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Takut dengan Tuhan, takut dengan dosa
Takut dengan Tuhan, mati angan-angan
Takut dengan Tuhan, pendorong ibadah dan kebaikan
Takutkan Tuhan adalah tradisi orang-orang soleh
Takut dengan Tuhan, bukan terbuat dosa
Apatah lagi terbuat dosa jiwanya terseksa, menderita
Untunglah orang yang takut dengan Tuhan
Ia merupakan ibadah tanpa susah payah
[KEMBALI]