Surat Hiburan Buat Mangsa TsunamiInilah sedikit bingkisan buat saudara-saudari sekalian yang sudah
meninggal dunia mahupun yang belum dari kalangan mangsa Tsunami mahupun
yang bukan. Moga-moga kata-kata ini mampu untuk menghibur dan membahgiakan
kita bersama.Kematian beramai-ramai hingga mayat bergelimpangan tiada harganya itu
adalah khabar berita yang sudahpun diwartakan oleh Rasulullah SAW sejak
hayat baginda lagi dalam segugus pakej hadith-hadith akhir zaman, yang
diperuntukan khas buat kita umatnya yang hidup dalam jarak yang jauh dari
Baginda.Termasuklah didalam pakej itu ialah berita yang telah berlaku tak lama
dulu, yang mengejutkan sekali iaitu kejadian gerhana bulan dan matahari
dalam sebulan Ramadhan 1424 Hijrah.Semua ini dan banyak lagi sebenarnya adalah panduan yang telah dikirimkan
oleh Nabi kita untuk kita. Baginda walaupun sudah wafat, namun tetaplah
bertanggung jawab terhadap nasib kita umat kesayangannya. Siapa kata kita
tidak ada Nabi? Roh Baginda sebenarnya tetap hidup untuk melayan kita
umatnya sampai ke akhir zaman dan kiamat.Bilamana terjadi gerhana bulan dan matahari dalam bulan Ramadhan yang
sama. Dan bila terjadi gempa bumi dan ombak besar Tsunami yang membunuh
manusia ratusan ribu hingga mayat-mayat tidak berharga lagi, dilempar di
lubang-lubang besar tanpa tahu identiti masing-masing, maka ketahuilah
bahawa berita yang di khabarkan oleh Sayyidil Mursalin itu telahpun
terjadi.Siapa yang belum tahu tentang berita ini, tolonglah ambil tahu sekarang.
Siapa yang belum bersedia dengan berita ini alangkah bijaknya kalau
bersedia dari sekarang. Kalau anda menafikannnya, bukannya untung apa- apa
pun. Lebih baik bersedia anda tidakan rugi, kiranya ia benar terjadiMasakan anda tidak berbahagia mempunyai seorang Nabi yang sehebat itu,
mampu memberitahu umatnya sesuatu yang besar yang bakal berlaku dan
sekarang telah pun berlaku? Mana ada manusia yang boleh memberitahu kita
tentang ini selain baginda Rasulullah, walhal Beliau hidup 1500 tahun yang
lalu dan berita itu disebutkan sebelum wafatnya?Sekali lagi saya tanyakan, apa anda tidak rasa bertuah mempunyai seorang
Nabi yang direzkikan keupayaan luar biasa ini? Dan adakah anda melihatnya
kecil saja dan tiada nilai-nilai apa-apa? Tentu tidak bukan!Marilah kita rasa beruntungnya ada Nabi sebesar itu dan tetap memandu kita
walaupun sudah wafat. Berita yang dibawanya adalah panduan-panduan penting
yang berguna untuk menjadi hala tuju bagi kembaraan hidup kita buat
selanjutnya.Untuk itu marilah kita sama pelajari apakah yang baginda maksudkan dengan
panduan-panduan itu semuanya.1. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Orang Islam mesti yakin bahawa
mereka akan mati. Tapi itu saja tidak cukup, orang Islam setelah yakin
dengan kematian yang akan menimpanya, kena pula suka dengan kematian dan
bersiap sungguh untuknya. Kata Rasulullah orang Islam jadi lemah kalau
kena penyakit cinta dunia dan takut mati. Artinya, kalau Islam nak kuat
mereka kena terbalikkan, iaitu cinta akhirat dan suka mati. Memang ajaran
Islam yang sekian lama kita anuti ini memesankan kepada kita supaya
bersikap cinta akhirat dan suka mati. Bukannya seperti apa yang kita
lakukan selama ini iaitu fikir dunia saja (macam orang bukan Islam),
akhirat dilupakan, hingga tiada siap apa-apa untuk kematian. Padahal
Rasulullah SAW sudah beritahu tentang akan adanya hari kematian
beramai-ramai itu supaya kita bersiap-siap. Persiapan paling penting ialah
persiapan untuk mati (moga-moga husnulkhatimah) dan tahan dengan
penderitaan yang bakal menimpa (bagi yang masih hidup). Kematian yang
setiap hari berlaku, hendaklah dilihat sebagai suatu yang baik dan
disukai, bukannya dianggap suatu yang jahat dan ditakuti. Pendidikan yang
menjurus kepada rasa suka dan bersiap-siap untuk kematian ini sepatutnya
diusahakan dengan serius. Supaya umat Islam melihat kematian dengan
positif. Orang Islam patutnya berfikir kematian itu ialah kepulangan ke
kampung asal yang dirindui. Jadi bila terjadi kematian samada secara
sendiri atau beramai-ramai ini adalah suatu keberangkatan pulang yang
menyeronokkan, bukannya suatu yang menyiksakan. Manakala bagi
mereka-mereka yang masih tinggal mudah-mudahan hidup mereka dipelihara
Tuhan dan akan selamat juga sampai ke destinasi.2. Mangsa Tsunami yang masih hidup penuh penderitaan ketahuilah juga
bahawa hidup ini selain memerlukan hari-hari yang gembira dan indah, ia
juga memerlukan hari-hari yang duka dan menyiksakan. Hidup tidak akan
sempurna dan tidak akan berjaya sepenuhnya kalau kita hanya dibentuk oleh
sebahagian pakej itu. Kedua-dua suka dan duka adalah perimbangan yang
sungguh diperlukan oleh manusia. Kita tidak adil kalau hanya boleh terima
yang gembira saja. Kita bijak dan adil kalau pandai menerima kesedihan.
Sebab kedua-duanya datang dari Tuhan. Tuhan yang menghendaki begitu demi
membentuk hamba-hambanya menjadi hamba yang baik. Hari-hari gembira yang
lebih lama kita tempohi. Sebenarnya untuk kita kenali Tuhan sebagai maha
Pemurah dan Maha baik. Maka hendaklah kita membalasi dan melayaninya
dengan mencintai dan mentaatinya. Manakala hari-hari sedih itu yang datang
tidak lama, biasanya begitulah dibanding dengan bilangan hari-hari gembira
adalah membuatkan kita insaf bahawa kita ini rupa-rupanya hamba Tuhan.
Hidup kita bukan kita punya, tapi Tuhan yang punya. Kalau kita boleh
terima taqdir tenanglah hidup. Tapi kalau kia menolak taqdir kita kena
bertarung dengan perasaan kita sendiri yang sungguh menyakitkan. Tuhan
berkata “Kalau manusia tidak boleh redha dengan keputusan-Ku, silalah cari
Tuhan lain dan keluarlah dari bumi dan langitKu ini”. Begitu sekali amaran
Tuhan terhadap manusia yang tidak sabar dan tidak redha. Oleh itu baiklah
manusia setuju dengan Tuhan dan katakan lah bagini:“Tuhan, kalau begitulah keputusan Mu, saya sebagai hamba sanggup
menerimanya walaupun pahit. Kepahitan ini perlu untuk saya rasa rendah
diri, rasa lemah dan tidaklah sombong dan pemarah dan besar diri lagi.
Barulah boleh saya contohi Nabi Saya Muhammad SAW yang mampu merendah
diri, sedangkan dia begitu besar disisi Tuhan. Sementelahan saya pun tahu
Nabi saya itu lagi teruk diuji Tuhan dan baginda sangat sabar. Saya redha
dengan hukuman-Mu ini dan saya akan bersabar sepanjang ianya dilakukan.
Setiap kesakitan adalah penghapusan dosa-dosa yang saya lakukan. Ya
Tuhan, bantu saya untuk menerima taqdir ini sebagai kebaikan dan bantulah
saya untuk yakin dengan kebaikan yang dikau janjikan bersamanya.
Sesungguhnya saya amat yakin, sesudah ujian ini ada nikmat yang akan
berlaku. Janganlah sia-siakan keyakinan hamba-Mu itu Tuhan, itulah harapan
saya didalam ketakutan ini. Perkenankanlah wahai yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang”.3. Pengorbanan mangsa Tsunami terutama yang meninggal dunia, demi sampai
beralihnya peta dunia dan wajah masyarakat manusia daripada kegelapan
kepada cahaya kebenaran ini oleh Tsunami bukannya kecil. Semuanya dikira
cukup berjasa. Tuhan yang baik masakan akan mensia-siakan mereka. Apa
pendapat anda kalau semua kematian itu diterima baik oleh Tuhan dan mereka
sedang bergembira disana, kerana menurut Islam, mati lemas dan mati di
hempap itu syahid. Bunyinya buruk hasilnya baik Tuhan lakukan azab itu
untuk digantikan dengan pengampunan dan disenaraikan nama mereka sebagai
orang–orang berjasa kerana kematian mereka telah menukar dunia yang
berdosa kepada dunia yang sejahtera? Bukankah itu bererti bahawa tangisan
itu ialah tangisan kegembiraan oleh kita? Lalu apalagi yang mahu
dikesalkan dan ditakutkan, melainkan bergembira dan bersedia menunggu
khabar gembira yang pasti tiba. Marilah kita bertaqwa untuk Tuhan yang
punya segala-galanya.Bersama bingkisan ini, kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakyat
Malaysia kerana berjaya membuktikan bahawa Malaysia negara Islam contoh
buat dunia waktu ini bilamana menjadi negara pertama menghantar bantuan
kemanusian ke Aceh. Selain telah membela mangsa Tsunami di tanah air
sendiri dengan melalui derma- derma yang diluar dugaan. Lebih-lebih lagi
terasa Malaysia adalah negara Islam bilamana perdana menterinya sanggup
menukar acara perayaan sambutan tahun baru daripada hiburan kepada amal
soleh. Terus pula mendapat sokongan spontan dari seluruh kalangan rakyat
Malaysia. Syabas! Media-media begitu memainkan peranan untuk terus
mendidik masyarakat agar jadi umat yang baik ekoran Tsunami ini. Sungguh
satu perkembangan yang diluar dugaan dan memberangsangkan. Bahawa Malaysia
benar-benar akan jadi negara Islam contoh yang disenangi kawan dan lawan,
doakanlah agar Malaysia adalah negara yang menjadi tapak kebangkitan
kegemilangan kali kedua itu dan orang bukan Islam pun senang untuk
bernaung dibawah kerajaan yang seindah dan sebaik ini.Akhirnya dari kami, terima kasih wahai Nabi akhir zaman kerana membela dan
menghiburkan kami. Terima kasih Tuhan kerana melayan kami dengan
keselamatan. Terima kasih anda semua kerana menyumbang kepada tabung
Tsunami ini.
Bilamana anda meminati mesej ini, tunggulah ia didalam buku kami yang akan
keluar tidak lama lagi berjodol ‘Tsunami Pembawa Mesej dari Tuhan’ oleh
Mawaddah ProductionSekian Terima kasih.
Ustaz Haji Asaari Muhammad
Masjid 1 Masjid 2 Masjid 3 Masjid 4 Masjid 5
[KEMBALI]