Untungnya menyintai ALLAH


*Sumbangan khalilah pada Tuesday, September 14 @ 23:24:23 MYT

semua manusia didunia ini mempunyai perasaan untuk dicintai dan menyintai.jadi adakah kita akan dapat cinta atau kasih dari orang yang kita cintai.carilah cinta yang sejati,dimana ianya tidak sungguh indah dan amat beruntung sekali.kita tidak akan menyesal sekiranya mendapat cinta yang sejati.untuk mendapatkannya kita haruslah mempunyai perasaan kasih dan cinta yang amat sangat untuk ALLAH iaitu pencipta kita semua..




Fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan
mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai.Mengejar cinta Tuhan, orang
akan suka dan rasa senang. Tiada yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam
pertarungan merebut cinta Tuhan.Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama
insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa ataupun
tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada
benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'.
Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk
tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau
cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar
tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian
perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar
atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja puja itu
hancur berkecai.Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau
cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. ltu hanya
cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan
sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada
orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun
kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab sebab yang bermacam
macam.Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita
sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau
mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia
walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi.Sebaliknya berilah dan
terimalah cinta yang kekal abadi.Itulah cinta agung namanya. laitu cintakan
Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal
abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk
memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan
ketenangan.Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaati Nya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah
bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.Cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah
hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya
ialah:

1. Tiada kecewa

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung.
Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba lumba merebut cinta
Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat
membalas cinta semua makhluk-makhluk Nya serentak dari yang sekecil keciInya
hinggalah yang sebesar besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa
dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam
mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada
cinta manusia, harta, pangkat dan lain lain, biasanya akan berakhir dengan
permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.3. Mendapat ketenangan dan
kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan
kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan
kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalam usaha meraih cinta agung itu
pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah,
cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam
keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula
dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas Rahmat- Nya. Maka di situ pula
bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai,
tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja~manja dengan Allah SWT yang
Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.
Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada
ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan,
namun filkiran masih kusut dan berserabut.

Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah
ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri
kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun
manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah
jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalarn perjuangan merebut
cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama
lain. Kerana masing masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu
iaitu cinta yang hakiki.

Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah
dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhimya akan membawa kepada pecah
belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah
sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki,
sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain lain. Mazmumah dapat merosakkan
segala kebahagiaan dan ketenangan di dalarn jiwa seseorang insan. Perlumbaan
mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha
seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti
akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon
mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang.

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan
rasa tercabar atau tergugat dalarn pertarungan merebut cinta Tuhan. Orang
yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia
senang dan sayang padanya dan para malaikat juga turut mendoakannya. Kerana
makin ramai yang berebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada
tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.

Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih lebih lagi
perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang.
Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru hara dan porak
peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan.

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan
bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang
menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh
memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita
tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak
mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia
tidak tidur.


Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa
tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan
penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa.

Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum
tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih
lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan,
manakala
mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit menghimpit serta memudharatkan.

Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan
malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang.

Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya
begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita.
Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai.
Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah
kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa
yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan
Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang
dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta.
Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan
yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke
Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa apa. Yang kita cinta hendak
ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita.
Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan
yang kita
cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta.Setiap detik, kita makin
jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat
menghampiri Akhirat.

Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita
tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita.
Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi.

Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung?

Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terlalu
banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhluk-Nya.
Kasih sayang Allah pada makhluk Nya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama
dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan
seharian.

i. Dari sudut ilmu

Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada
hamba Nya. Di atas kasih sayang Tulhan itu, wajarlah seorang hamba itu
meletakkan cinta agungnya hanya kepada Nya.

ii. Di sudut reallitinya

Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada
Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang
agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:

a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan
seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai
menyalahgunakannya.

b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita
yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan Nya, menyembah dan
mentaati Nya serta berbuat baik seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti
yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang
nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku
sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang
mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi
kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.

c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk
bersenang senang dan anak anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau
begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita
suami, isteri dan anak anak itu?

d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi
kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan
kesabaran ketika berhadapan dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan
selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?

e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana
dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain lain. Maka dengan
itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.

f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta
penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan
berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh
menyandarkan segala harapan pada Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan.
ltu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa
dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.

g) Allah menjadikan manusia sebaik baik makhluk. Lebiln mulia dan sempurna
dari haiwan, tumbuh tumbuhan dan lain lain. Malah manusia yang bertaqwa
lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana
dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar
dan sekuat mana pun makhiuk itu.

h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan siang agar manusia dapat
berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Cukuplah sekadar itu senarai nikmat nikmat yang besar yang kita terima dari
Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu
kita hitung, seperti firman Allah:

"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya karnu tidak akan dapat
menghitungnya."

Berdasarkan hujah hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah
iaitu dengan cara beriman dan menyembah Nya sepertimana yang Dia mahu, bukan
sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi
larangan Nya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita
berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan,
bawalah rasa bertuhan ke mana mana. Jadikan Tuhan segala galanya dalam
hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan
memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita
akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan.
Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki
Tuhan hakikatnya kita memiliki segala-galanya manakala kehilangan Tuhan pula
adalah kehilangan segala galanya.

Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan
keselamatan hidup dunia dan Akhirat.


Posted at Monday, September 27, 2004 by aslam_fatin


[KEMBALI]